top of page

Terapi Penulisan Jurnal

Natural Cosmetics

Apa itu seni kreatif penulisan jurnal?

  • Seni kreatif penulisan jurnal adalah seni kreatif menulis dalam jurnal untuk faedah terapeutik.

​

  • Seni kreatif penulisan jurnal meruapakan seni kreatif kos rendah dan mudah diakses.

​

  • Ia boleh dilaksanakan secara individu dengan hanya memerlukan seseorang individu dan pen, atau diselia oleh profesional kesihatan mental.

​

  • Ia juga boleh diamalkan secara berkumpulan yang berfokus kepada penulisan. Ia juga boleh diguna sekali dengan seni kreatif lain contohnya seni kreatif foto atau muzik.

​

  • Seni kreatif penulisan jurnal dapat membantu seseorang individu dalam perkembangan peribadi mereka, mempraktis ekspresi kreatif dan perasaan kawalan ke atas kehidupan mereka (Adams, n.d.).

PERBEZAAN
Seni Kreatif Jurnal dengan Penulisan Diari

Farooqui (2016) mengatakan bahawa perbezaan antara seni kreatif jurnal dengan menulis diari adalah berbeza dari 3 cara iaitu:

​

1. Penulisan diari biasanya bernbentuk bebas di mana penulis mencatat apa-apa sahaja yang muncul di kepala mereka manakala seni kreatif penulisan jurnal biasanya lebih berfokus kepada arah tertentu dan sering berdasarkan idea spesifik atau latihan yang dipandu oleh seseorang profesional. 

​

2. Penulisan diari memberi tumpuan kepada menulis perkara yang berlaku manakala seni kreatif penulisan jurnal sering memberi fokus kepada meta-analisis: memikirkan, berinteraksi dengan dan menganalisis peristiwa, pemikiran dan perasaan yang ditulis oleh penulis.

​

3. Penulisan diari adalah peristiwa peribadi manakala seni kreatif penulisan jurnal umumnya dipandu oleh profesional kesihatan mental berlesen.

Kepentingan seni kreatif penulisan jurnal

1. Bagi individu yang telah mengalami peristiwa traumatik atau sangat tertekan, penulisan ekspresif yang diarah secara sengaja ke topik tertentu boleh memberi penyembuhan yang ketara. Dalam kajian Baikie & Wilhelm (2005), didapati bahawa peserta yang menulis peristiwa traumatik yang mereka alami dengan durasi 15 minit, 4 hari berturut-turut mempunyai hasil kesihatan yang lebih baik selama 4 bulan berbanding dengan mereka yang diarahkan untuk menulis tentang topik neutral.

 

2. Penulisan kreatif meningkatkan fungsi sistem imun jika amalan penulisan jurnal dikekalkan demi manfaat kesihatan berterusan (Murray, 2002).

​

3. Seni kreatif penulisan jurnal membantu penulis mencari makna dalam pengalaman mereka, melihat perkara dari perspektif baru dan melihat harapan dalam pengalaman mereka yang paling tertekan atau negatif (Murray, 2002). Ia juga boleh membawa celik akal penting tentang diri sendiri dan persekitaran individu yang mungkin sukar ditentukan tanpa menulis secara fokus (Tartakovsky, 2015).

Seni Kreatif Penulisan Jurnal sesuai untuk keadaan:

Menurut Farooqui (2016), seni kreatif penulisan jurnal telah terbukti berkesan dalam keadaan dan penyakit mental yang berbeza iaitu:

Disediakan oleh:
Tiong Siew Kiat


KERJA KURSUS
EDUP2112 TEKNOLOGI DAN MEDIA PEMBELAJARAN 

Penafian: Unit Bimbingan & Kaunseling SJK Chung Hua Bintulu 2 tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami ketika menggunakan maklumat di dalam laman web ini. Kami sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui penyaluran maklumat yang tepat dan terkini. Segala maklumat yang didapati di dalam laman web ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari masa ke semasa. Unit Bimbingan & Kaunseling SJK Chung Hua Bintulu 2 berhak membuat perubahan tanpa sebarang notis.  

© 2023 Tiong Siew Kiat

bottom of page